Sampai sana, nurse pun cek suhu badan sekali lg..naik sampai 39 darjah Celcius dah!!dia kata nak wat sponging la..si kecik ni apa lg duk teriak la..pas2 doktor pun cek la..tanya ni tanya tu..aku ngan mama tanya jgak doc tu, ni demam campak ka sebab nmpk mcm rashes dekat leher Hadiff walaupun rashes 2 dah memang lama ada sebelum dia demam lg..cuma nampk rashes tu lagi merah bila dia demam..doc kata 'no,mungkin viral infection ja sbb bdk2 baru boleh merangkak ni suka letak macam-macam dalam mulut'..so kami pun balik dengan dibekalkan ubat demam (paracetamol) dan antibiotik (amoxy) dan lagi satu mcm air garam utk bagi selesa tekak n hidung dia takut tersumbat..
Bila dah blk bg mkn ubat semua, sponging lagi tapi suhu badan dia susah sgt nak turun..kena sponging sentiasa..suhu badan naik turun tp masih tinggi..sedih sangat tengok hadiff demam..nak tidoq xboleh sebab aku duk asyik sponging..kalo xsponging satgi suhu badan makin tinggi,bahaya..Ya Allah..serba x kena rasa..Allah saja yang tau..Dipendekkan cerita, Demam dia berlarutan sampai hari ketiga x ok lagi..aku keep on sponging sampai xtidoq -tidoq..so the next morning tu kami p Klinik Pakar Kanak-Kanak Nilai. Doc Rosman cakap, kalo budak demam 2 hari x baik lagi,the next day baru on antibiotik, kalo xbaik jugak kena amik darah utk test..so since hadiff dah hari keempat xbaik demam lagi, doc amik darahla sbb husband pun tanya ada kemungkinan kena denggi x..mula2 bila doc pakai test kit utk cek denggi, result negative..but still doc hantaq jgak sample ke lab utk futher result..
Balik dari klinik, hadiff makan ubat mcm biasa + antibiotik..tengahari tu Alhamdulillah, demam dah kurang and dah tak demam..lega rasa waktu tu..dia pun dah senyum dan merangkak nak main..menitik air mata lepas nmpk dia senyum selepas beberapa hari duk tidoq ja xlarat bangun..
Nak jadi cerita, petang tu husband dapat call dari klinik pasai ujian darah hadiff..doc kata bacaan platlet rendah..ada kemungkinan denggi..so doc suruh p klinik amik surat and terus p bahagian kecemasan di Hospital Serdang. Aku and husband pun macam pelik, sebab hadiff dah ok,tak demam dah..macam takut nak p hospital, satgi kena cucuk sana cucuk sini kesian kat hadiff..So, we decided to go the next morning..
The next morning, (maksudnya hari yang kelima daripada hadiff mula demam) kami p bahagian kecemasan, bagi surat doc, masuk kat dalam pastu doc cek hadiff sikit..Pastu doc cakap, Hadiff kena warded utk futher cek sbb ada kemungkinan denggi..Adoi..stress betoi time tu..bila dah warded, kaki hadiff kena pasang jarum la utk amik darah..dia teriak la, but he is a strong boy..
After about 4 hours cam2,aku tny doc 'macamna bacaan Platlet anak saya?' pastu doc tgk rekod..Doc cakap menurun puan, dari 122 dah turun jadi 57..' Aku memang terkejut time 2! Ya Allah..dalam hati time tu terpikir nasib baik la kami bawak hadiff mai jgak dekat kecemasan..kalo ikutkan hati mula2 tu,xmau mai hospital dah sebab dia dah baik demam..
Mengikut explanation daripada doc di hospital serdang tu, demam denggi ni dia bermula dengan demam panas sehingga 4-5 hari,kemudian dah xdemam..hari kelima atau keenam akan nmpk rashes pada badan pesakit..yang bahayanya sebab kita xtau bacaan platlet akan turun walaupun pun dah tak demam!..simptom camni yang jadi dekat hadiff..demam denggi ni xdak ubat, melainkan dengan hanya minum air yang banyak..So,after 3 days dekat hospital serdang, Alhamdulillah Hadiff dah sihat,bacaan platlet dah naik dan boleh discharged..Alhamdulillah,syukur sangat-sangat time tu..Sekarang ni tengah tunggu order kelambu moden sampai..nak elak nyamuk,bagi hadiff tidoq dalam kelambu..ibu dgn abah pun leh join sekali tidoq dalam kelambu moden king size ni..
Utk mommies out there,please take note..kalo anak demam lebih daripada 3 hari,bawak anak p test darah..and one more thing,kalo doc dah bg suggestion utk p ke hospital tu p ja la terus..jgn jadi mcm kami duk pandai-pandai sendiri..lagi satu,utk momies yang ada anak kecik digital termometer is a must ok!!
Assalamualaikum.. :)
P/s : petua org tua-tua kalo demam denggi minum sup ketam or air rebusan daun betik..berkesan (utk org dewasa la) babies xleh la..