9 September 2014

Cerita demam Denggi

 

Assalamualaikum..harini nak cerita panjang sikit..lately korang perasan dak cerita pasai denggi ni macam mai balik..nyamuk pun makin banyak sebab la ni hujung tahun macam musim hujan sikit kan. Just nak share, last 2 weeks, 24hb Ogos hari Ahad Muhammad Hadiff Iman demam..Malam sebelum tu tak demam lagi..I'm buzy cooking and preparing the night before for our open house on Sunday..Malam tu, dalam pukui 2pagi camtu dia terjaga..pegang forehead dia rasa cam panas sikit..terus amik digital termometer tu cek..tengok bacaan dah 37.5..Muhammad Hadiff Iman demam..dalam hati memang xbest sebab Alhamdulillah dia tak pernah lagi demam sebelum ni..Terus naik tingkat atas cakap kat mama, 'Mama, Hadiff demam,camna nak wat?' Mama pun turun bawah..'xpa,pagi satgi kita p klinik'..aku pun ok ja la..bila duk pegang-pegang Hadiff rasa macam badan dia rasa makin panas..cek lagi pakai digital termometer tuh..tgk dah naik sampai 38.5..aku pun cakap kat mama 'dah panas sangat ni'..pastu husband aku yg duk termenung kat sofa kata 'jom p NCI la. (NCI ni Nilai Medical Centre, hospital swasta yang terdekat dengan kawasan rumah kami). Kami pun p la NCI lebih kurang pukui 5 cam2..

Sampai sana, nurse pun cek suhu badan sekali lg..naik sampai 39 darjah Celcius dah!!dia kata nak wat sponging la..si kecik ni apa lg duk teriak la..pas2 doktor pun cek la..tanya ni tanya tu..aku ngan mama tanya jgak doc tu, ni demam campak ka sebab nmpk mcm rashes dekat leher Hadiff walaupun rashes 2 dah memang lama ada sebelum dia demam lg..cuma nampk rashes tu lagi merah bila dia demam..doc kata 'no,mungkin viral infection ja sbb bdk2 baru boleh merangkak ni suka letak macam-macam dalam mulut'..so kami pun balik dengan dibekalkan ubat demam (paracetamol) dan antibiotik (amoxy) dan lagi satu mcm air garam utk bagi selesa tekak n hidung dia takut tersumbat..

Bila dah blk bg mkn ubat semua, sponging lagi tapi suhu badan dia susah sgt nak turun..kena sponging sentiasa..suhu badan naik turun tp masih tinggi..sedih sangat tengok hadiff demam..nak tidoq xboleh sebab aku duk asyik sponging..kalo xsponging satgi suhu badan makin tinggi,bahaya..Ya Allah..serba x kena rasa..Allah saja yang tau..Dipendekkan cerita, Demam dia berlarutan sampai hari ketiga x ok lagi..aku keep on sponging sampai xtidoq -tidoq..so the next morning tu kami p Klinik Pakar Kanak-Kanak Nilai. Doc Rosman cakap, kalo budak demam 2 hari x baik lagi,the next day baru on antibiotik, kalo xbaik jugak kena amik darah utk test..so since hadiff dah hari keempat xbaik demam lagi, doc amik darahla sbb husband pun tanya ada kemungkinan kena denggi x..mula2 bila doc pakai test kit utk cek denggi, result negative..but still doc hantaq jgak sample ke lab utk futher result..
 
Balik dari klinik, hadiff makan ubat mcm biasa + antibiotik..tengahari tu Alhamdulillah, demam dah kurang and dah tak demam..lega rasa waktu tu..dia pun dah senyum dan merangkak nak main..menitik air mata lepas nmpk dia senyum selepas beberapa hari duk tidoq ja xlarat bangun..
 
Nak jadi cerita, petang tu husband dapat call dari klinik pasai ujian darah hadiff..doc kata bacaan platlet rendah..ada kemungkinan denggi..so doc suruh p klinik amik surat and terus p bahagian kecemasan di Hospital Serdang. Aku and husband pun macam pelik, sebab hadiff dah ok,tak demam dah..macam takut nak p hospital, satgi kena cucuk sana cucuk sini kesian kat hadiff..So, we decided to go the next morning..
 
The next morning, (maksudnya hari yang kelima daripada hadiff mula demam) kami p bahagian kecemasan, bagi surat doc, masuk kat dalam pastu doc cek hadiff sikit..Pastu doc cakap, Hadiff kena warded utk futher cek sbb ada kemungkinan denggi..Adoi..stress betoi time tu..bila dah warded, kaki hadiff kena pasang jarum la utk amik darah..dia teriak la, but he is a strong boy..
 
After about 4 hours cam2,aku tny doc 'macamna bacaan Platlet anak saya?' pastu doc tgk rekod..Doc cakap menurun puan, dari 122 dah turun jadi 57..' Aku memang terkejut time 2! Ya Allah..dalam hati time tu terpikir nasib baik la kami bawak hadiff mai jgak dekat kecemasan..kalo ikutkan hati mula2 tu,xmau mai hospital dah sebab dia dah baik demam..
 
Mengikut explanation daripada doc di hospital serdang tu, demam denggi ni dia bermula dengan demam panas sehingga 4-5 hari,kemudian dah xdemam..hari kelima atau keenam akan nmpk rashes pada badan pesakit..yang bahayanya sebab kita xtau bacaan platlet akan turun walaupun pun dah tak demam!..simptom camni yang jadi dekat hadiff..demam denggi ni xdak ubat, melainkan dengan hanya minum air yang banyak..So,after 3 days dekat hospital serdang, Alhamdulillah Hadiff dah sihat,bacaan platlet dah naik dan boleh discharged..Alhamdulillah,syukur sangat-sangat time tu..Sekarang ni tengah tunggu order kelambu moden sampai..nak elak nyamuk,bagi hadiff tidoq dalam kelambu..ibu dgn abah pun leh join sekali tidoq dalam kelambu moden king size ni..
                                      
                               
 
 

Utk mommies out there,please take note..kalo anak demam lebih daripada 3 hari,bawak anak p test darah..and one more thing,kalo doc dah bg suggestion utk p ke hospital tu p ja la terus..jgn jadi mcm kami duk pandai-pandai sendiri..lagi satu,utk momies yang ada anak kecik digital termometer is a must ok!!
 
Assalamualaikum.. :)
 
P/s : petua org tua-tua kalo demam denggi minum sup ketam or air rebusan daun betik..berkesan (utk org dewasa la) babies xleh la..
 
 
 
 

14 August 2014

GAZA : We will Never Forgive!! We wil Never Forget!!


Assalamualaikum...sekarang ni mesti semua orang tau isu panas pasai GAZA kan..sebenaqnya dari dulu-dulu lagi isu ni memang dah panas..berpuluh tahun yang dulu memang dah hot..tapi la ni jadi BERTAMBAH hot sebab kecanggihan teknologi yang dapat menghebahkan info ke seluruh dunia tentang apa yang berlaku di bumi GAZA.

Allahuakhbar..sekarang ni hari hari dapat update dari Aqsa Syarif, Aman Palestine, Viva Palestina pasai GAZA..Allahuakhbar..sedihnya hati bila tengok gambaq-gambaq yang di share..anak-anak kecik yang syahid di bom oleh Zionist laknatullah..Allahuakhbar..menangis hati xhenti-henti..setiap kali tengok gambaq yang di share mesti tangan akan tarik-tarik baju di dada..sakit hati..terbayang muka anak sendiri..Few years back, pernah p dengaq talk tentang Palestin oleh Dr. Jamnul di Kedah..tp xingat dah tahun bila..Dr. Jamnul ni dia kumpul dana untuk Palestine. Dia sendiri p Palestine bawa bantuan perubatan dan sebagainya kepada penduduk Palestine. Dia cerita sendiri pengalaman dia p sana. Dia tunjuk gambaq - gambaq apa yang terjadi di bumi Gaza macam yang kita bleh tgk arini di Facebook dan internet. Dia cerita betapa tabahnya penduduk Gaza tak kira anak kecil atau pun yang dewasa..Rasanya waktu tu facebook mcm tak diguna meluas lagi kut dan xramai org ada handphone canggih lagi..Kebanyakan org yang hadir aritu memang menitis air mata sebab gambaq dan cerita yang menyayat hati sangat.

Start daripada hari tu, sesekali terlintas di hati 'i have to do something to help..bila tgk saudara islam kena bunuh kejam,kena bom sedih,menangis..esok, lusa, bulan depan lupa..lepas tu, dengan seikhlas hati mula memboikot McDonalds.Bila kawan-kawan ajak p makan McD mula la bagi alasan macam-macam..huhu..mula-mula boikot 2 macam secara tak berapa terang-terangan la sebab satgi takut kawan-kawan kata poyo plak but then i really don't care what others think and what they have to say.Nak kata aku poyo ka pulun ka lantak la. Bila pikiq-pikiq balik rasa kecewa sangat dengan diri sendiri sebab dulu ada rasa malu dan takut2 nak kata 'aku x mkn McD..aku boikot McD sebab McD bagi fund dekat israel'..Ya Allah..malunya dekat Allah sebab takut jadi hamba yang berkata benar..takut pikiq apa orang kata tapi lupa Allah sentiasa dengan orang yang benar..Allahuakhbar..malunya..
 
Ya Allah..ampunkanlah dosa ku..berilah petunjuk dan hidayahMu kepada ku dan seluruh ahli keluargaku..kuatkan iman kami untuk menjadi hambaMu yang sentiasa berkata benar demi mencari redhaMu Ya Allah..
 
Harap-harap lepas ni aku dah xrasa mcm2 lagi la..harap -harap lepas ni aku akan istiqamah dalam memboikot produk-produk buatan Zionist dan produk yang hasil jualannya disumbangkan utk beli peluru,bom dan membunuh saudara islam di GAZA..the least that we can do to help our brothers and sisters in GAZA..Jom sama-sama boikot produk-produk keluaran mereka.kita x bleh jihad dengan cara perang bersenjata, kita perang dengan jatuhkan ekonomi depa pun ok la..sekurang-kurangnya kita x duduk saja.Mungkin kesannya tak la sampai company depa tutup tapi sekurang-kurangnya depa tau kita bukan bangsa yang akan duduk diam membisu dan tidoq lena bila saudara-saudara kita dibunuh kejam di sana. Jangan lupa doakan keselamatan dan kejayaan mujahidin Islam setiap kali lepas solat ka,sebelum tidoq ka, time nak bukak posa 6 ka..doakan mereka walaupun insyaAllah Allah sentiasa bersama mereka. Dan dan dan bagi yang rasa boikot ni buang masa la, tak effective la..tepuk dada tanya iman..
 
We Will Never Forgive!!We Will Never Forget!!


My name is Nurul Iwani bt Roslan
I'm from Malaysia and I STAND WITH GAZA..
 
 
Assalamualaikum..



5 March 2014

Ekspo Buku Islam Putrajaya

Salam..hari ni nak share sikit pasai Ekspo Buku Islam Putrajaya..hari Ahad lepas berkesempatan jalan jalan dekat Ekspo Buku Islam di Putrajaya..Ekspo ni berlangsung di Kompleks Perbadanan Putrajaya dekat presint 3..Tak la besaq sangat, tapi pun banyak jugak buku-buku yang ada..walaupun nama ekspo buku islam tapi ada jugak buku-buku lain macam novel, buku resipi, buku bacaan kanak-kanak dan macam-macam lagi lah..booth juai kurma pun ada jgak..

ramai jgak orang time ni..

macam-macam jenis buku ada..

Ada satu booth ni yang menarik perhatian iolls! Booth tulisan khat modern..cantik uollsss..bleh wat hiasan dinding rumah..memang dah lama cari baru jumpa..tapi hari2 xbeli pun la.amik name card siap-siap kut2 nak tempah kan..haa!!lagi satu booth comel Owh so Muslim! Booth ni juai macam2 barang comel..note book comel, badge comel semua comel lah!!

cantik kan!


abg ni tgh sibuk siapkan tempahan nama dalam bahasa jawi..


Owh So Muslim! yg comel.. :)

Oh!so comels uolls





So sesapa yang ada kesempatan, p la jalan-jalan cari buku..ekspo ni berlangsung sehingga 9 mac 2014..selain beli buku, ada jugak persembahan nasyid dan ceramah agama..sesapa peminat Ustaz Don boleh la ke sana 7 mac nanti..bleh amik gambaq dengan ustaz don..hehe..oklah tu ja entry kali ni..bye!!

27 February 2014

Catu Air..



Assalamualaikum...haih...awai-awai lagi dah mengeluh..mana taknya..dah rumah kena catu air..huhu..start semalam kawasan salak tinggi kena catu air..2 hari ada air,2 hari xdak air..dari 2 minggu lepas dah ready awai awai p beli tong nak isi air..beli macam tong sampah tuh..takut kalo beli lambat naik harga pulak..dah la air tak dak, kawasan hutan sekeliling pulak terbakar!!asap mengaburi pandangan!bau asap lagi!habuk lagi!adeh..sabaq ja laa..Kalo la Kedah tu dekat, dah cabut balik mandi dan basuh baju kat sana dah!!hehe..Sebenarnya, bila dah jadi macam ni baru la masing-masing tersedaq betapa pentingnya air ni..kalo x, asyik membazir ja..guna air sewenang-wenangnya..Pastu, sumber utama air macam sungai tak terjaga..Buang sampah sana sini ikut suka hati..main campak2 ja dalam sungai tuh..Sikap macam ni patut kita buang jauh-jauh kalo kita semua xnak sumber utama air kita x tercemar dan kekal untuk generasi akan datang..InsyaAllah..Sama-sama kita didik diri kita dan anak-anak untuk hargai anugerah Allah yang tak ternilai ni.. :) Harap-harap la masalah air ni tak berpanjangan.. Semoga Allah pelihara kita semua dan musim kering (nak kata kemarau macam dak kut kan?) ni akan tamat tak lama lagi dengan turunnya hujan rahmat dariNya..Amin..

CLIP ART - Signs & Universal Symbols
pic credit to www.teacherfiles.com

10 February 2014

Breastfeeding oh breastfeeding! !

Assalamualaikum..pagi ni rasa teramat lah mengantuk!mcm monday morning syndrome plak..hikhik! Alhamdulillah lg seminggu hadiff dah genap 4 bulan..still breastfeed walaupun tak banyak dpt..terpaksa campuq dgn fm jugak..sedih rasa sebab tak boleh fully breastfeed..mungkin sebab waktu mula2 lepas bersalin dulu tak kerap pam..bila rasa mcm breast dah penuh baru nak pam..waktu awal2 lps bersalin ari2 tak tau kena pam susu kerap walaupun setiap kali pam dapat sikit sangat susu utk maintain supply..more demand, more supply konsep dia..sekarang ni baru tau..huhuhu..la ni sedang berusaha untuk banyakkan susu..amik supplements, pam lebih kerap, makan byk..mcm2 tengah buat la ni..hopefully diberi rezeki oleh Allah dengan susu yg  cukup utk hadiff. .InsyaAllah..
Waktu mula2 nak belajar pam susu ari2, rasa xbest sgt pam susu ni sbb sakit..mula2 pakai manual breastpump (malas nak bgtau brand)..try yg murah2 dulu..mak oi rasa xbest sgt suction dia..sakit..lepas 2 try plak yg pakai electric breastpump yg satu ni..punnn xbest jgak..sakit..rasa macam terseksa ja setiap kali nak pam susu..adeh..since dah xlarat nak tahan sakit breast yg membengkak terpaksa la mintak tlg suami terchenta p beli breastpump baru brand Medela..kawan yang suggest..dia kata medela ni best..suction lembut ja mcm suction baby..so en suami pun p la beli..Medela Swing..bila dah try Alhamdulillah..best sgt! Xsakit langsung..berbaloi2 beli..tapi for those yg bercadang nak beli I suggest beli Medela freestyle sbb leh pam dua2 belah sekali..jimat masa dan xrugi susu sbb once kita pump sebelah, sebelah lagi pun akan keluar susu jgak..haritu beli Medela Swing sbb xterpikir pasai susu keluar sebelah lg tuh..huhu..

ni dah siap-siap ready nak pam..kena minum air banyak sebelum pam,sedang pam dan selepas pam susu untuk dapat susu banyak.
 
 
close up medela swing..this set comes together with 3 bottles, a pouch beg and few other useful things. :)

 
 banyak ni ja dapat for this morning session..huhu..xpa la, Alhamdullilah..kena terus usaha..kerap pam.. 


So, to all mom-to-be yang memang sedang survey which brand of breast pump to buy..Medela is the one that i recommended. Beli Medela Freestyle tuh lagi bagus..mahal sikit but its worth every single penny. To my beloved husband, thank you beli breast pump ni kat ayang walaupun mahai..love you.. :) 

c u in next entry..Assalamualaikum..bye!!

12 January 2014

Motherhood is awesome!!

Salam..phew!! Dah lama xberblog. .rsnya belum terlambat nak ucapkan selamat tahun baru 2014! ! Alhamdulillah kita masih lg bernafas di bumi Allah. .2013 dah berlalu dgn pelbagai kenangan yg mungkin xdapat kita lupa. .kan kan kan! !..salah satu yang xkan saya lupa adalah pengalaman menjadi seorang ibu. .Muhammad Hadiff Iman. .chenta hatiku yang dilahirkan pada 17 Oktober 2013. .
bila dah jadi mak orang ni baru la tau camna susah payah nya mak ayah kita jaga kita. .phew! !But honestly being a mother is awesome! !and at the same time challenging jgak especially utk first mom cam saya ni. .but its all worth it. .business Saya Suka Dress! pun terpaksa hold sat sebab kena focus pada Hadiff. .InsyaAllah akan kembali active soon. .
Oklah setakat ni dulu update di tahun baru. .salam :-D
P / s : 1st time post pakai blogger. .camna nak letak gambaq in the middle of the post? ?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...